China lapor 17 kes baru COVID-19
China melaporkan 17 kes baru COVID-19 pada 19 November, naik dari 12 sehari sebelumnya.
BEIJING: China melaporkan 17 kes baru COVID-19 pada 19 November, naik dari 12 sehari sebelumnya.
Demikian menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Jumaat (20 Nov).
Pesuruhjaya Kesihatan Nasional menyatakan semua kes baru adalah kes import dari luar negara.
Jumlah kes baru tidak bergejala, yang tidak dikategorikan oleh China sebagai jangkitan yang disahkan, juga naik kepada 14 daripada 10 sehari sebelumnya.
Jumlah keseluruhan kes yang disahkan jangkitan COVID-19 di China setakat ini adalah 86,398 manakala angka kematian tidak berubah pada 4,634.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.