Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China laksanakan hukuman mati ke atas lelaki dalam kes serangan berhubung COVID-19

Hukuman mati ke atas seorang lelaki tempatan yang menikam mati dua orang di pusat pemeriksaan perjalanan bagi COVID-19 dilakukan pada Khamis (9 Jul), menurut Mahkamah Agung Rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
China laksanakan hukuman mati ke atas lelaki dalam kes serangan berhubung COVID-19

Arahan kepungan meluas dilaksanakan di Beijing, China bagi tangani COVID-19 (Gambar: AFP/NOEL CELIS)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 05:40PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 05:46PM

BEIJING: Hukuman mati ke atas seorang lelaki tempatan yang menikam mati dua orang di pusat pemeriksaan perjalanan bagi COVID-19 dilakukan pada Khamis (9 Jul), menurut Mahkamah Agung Rakyat.

Ma Jianguo sedang memandu bersama rakan-rakannya ke sebuah kampung di Yunnan menuju ke sebuah pesta karaoke apabila menemui penghadang jalan raya.

Seorang anggota kumpulan itu cuba mengalihkan hadangan tersebut, mencetuskan perselisihan dengan individu yang menjaganya.

Ma, 24, kemudian menikam dua relawan di pusat pemeriksaan itu beberapa kali di bahagian perut hingga mati, menurut mahkamah dalam satu catatan di akaun media sosial rasminya.

Ketika pembunuhan itu pada Februari, puluhan juta warga China dikenakan arahan kepungan sepenuhnya sedang negara itu menangani penularan COVID-19 yang semakin teruk.

"Semasa respons kecemasan kesihatan awam kelas satu di wilayah Yunnan, Ma Jianguo enggan mematuhi dasar pencegahan dan kawalan wabak, serta langkah-langkah kawalan lalu lintas," menurut keputusan keputusan di laman mahkamah.

Sejak virus korona itu mula menular hujung tahun lalu di bandar Wuhan, China telah mendakwa ratusan orang kerana melakukan kesalahan berkaitan dengan krisis itu.

Ia termasuk menyebarkan "khabar angin" tentang penularan, menyembunyikan jangkitan, dan tidak mematuhi panduan pencegahan wabak.

Pelaksanaan hukuman mati ke atas Ma itu dipercayai yang pertama dilakukan atas kesalahan berkaitan wabak.

Di Beijing sahaja, 113 orang didakwa dengan jenayah berkaitan virus korona sejak penularan baru timbul pada awal Jun, kata para pegawai minggu ini.

Pihak berkuasa China menggunakan tuduhan "khabar angin" yang tidak jelas untuk menutup mulut pemberi maklumat, termasuk doktor Wuhan, Li Wenliang, yang memberi amaran kepada rakan-rakannya mengenai virus itu pada akhir Disember tetapi dikecam oleh pihak berkuasa tempatan bersama dengan tujuh yang lain.

Dr Li kemudian meninggal dunia akibat penyakit itu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan