Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China lahirkan minat kerjasama ekonomi digital dengan S'pura

China telah melahirkan minat untuk meneroka Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital dengan Singapura, seperti yang telah dimeterai negara ini dengan New Zealand dan Chile.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2021 05:54PM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 11:41PM

SINGAPURA: China telah melahirkan minat untuk meneroka Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital dengan Singapura, seperti yang telah dimeterai negara ini dengan New Zealand dan Chile.

Menurut Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar China Wang Yi juga menekankan minat Presiden negaranya, Xi Jinping, untuk menyertai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).

Dr Balakrishnan merujuk kepada usaha berbilang pihak itu sedang beliau menarik perhatian kepada betapa pentingnya untuk menjalin hubungan dua hala yang membina meskipun terdapat persaingan antara negara-negara.

"Jika China melibatkan diri dalam usaha berbilang pihak ini, yang akan meningkatkan perpaduan ekonomi sejagat, saya berpendapat akan terdapat prospek cerah bagi masa depan. Maka itu bagi Singapura, saya percaya kedua-dua China dan Amerika mengetahui kami adalah rakan baik bagi tempoh jangka panjang, tidak kira keadaan.

"Dan apa yang kita katakan adalah berdasarkan harapan bersama mereka akan menjalinkan hubungan yang baik.

"Dan apabila mereka berurusan dengan kita di Asia Tenggara, Asia Tenggara akan menjadi sebuah rantau dengan seni bina yang inklusif, di mana terdapatnya banyak peluang," kata beliau.

Semasa sidang media tersebut, Encik Wang juga menggariskan bagaimana China telah menyokong negara-negara serantau dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, tanpa sebarang syarat ataupun untuk meraih keuntungan kewangan.

Beliau turut menggesa Amerika Syarikat supaya mengikuti perkembangan semasa dan bekerjasama bagi manfaat bersama.

Encik Wang juga berharap agar Amerika akan dapat meneliti pembangunan China secara objektif dan rasional.

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan