Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China kutuk serangan bantahan Hong Kong sebagai tindakan pengganasan

 China pada Isnin (12 Ogos) mengutuk penunjuk-penunjuk perasaan Hong Kong yang ganas sehingga melempar bom petrol ke arah para pegawai polis dan mengaitkan mereka kepada "pengganasan"

Anggaran Waktu Membaca:
China kutuk serangan bantahan Hong Kong sebagai tindakan pengganasan

Bantahan antipemerintah berterusan di Hong Kong pada hujung minggu ke-9. (Gambar: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)

Diterbitkan : 12 Aug 2019 07:32PM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 07:35PM

BEIJING: China pada Isnin (12 Ogos) mengutuk penunjuk-penunjuk perasaan Hong Kong yang ganas sehingga melempar bom petrol ke arah para pegawai polis dan mengaitkan mereka kepada "pengganasan" sedang Beijing meningkatkan retoriknya terhadap demonstrasi prodemokrasi di hab kewangan tersebut.

Pejabat Majlis Negara China mengenai Hal Ehwal Hong Kong dan Macau menyatakan Hong Kong kini berada di titik genting berikutan bantahan antipemerintah yang sudah berlarutan lebih dua bulan.

Jurucakap pejabat itu, Yang Guang, juga menegaskan bantahan ganas di Hong Kong mesti dihentikan.

Beliau sekali lagi memberikan sokongan kepada cara polis Hong Kong menangani tunjuk perasaan.

Di samping itu, Encik Yang menggesa semua pihak yang mengambil berat tentang Hong Kong agar tampil menunjukkan tentangan terhadap keganasan yang berlaku. 

Sumber : AFP/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan