Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China, Korea S, Jepun setuju kerjasama isu nuklear Pyongyang

China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha menamatkan program nuklear Korea Utara dan menggalak dagangan bebas di rantau itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 May 2018 06:06PM Dikemas Kini : 09 May 2018 09:25PM

TOKYO, JEPUN: China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha menamatkan program nuklear Korea Utara dan menggalak dagangan bebas di rantau itu.

Persetujuan tersebut dicapai semasa sidang kemuncak pertama tiga negara Asia Timur itu dalam masa lebih dua tahun.

Pertemuan antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Perdana Menteri China Li Keqiang dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-ini berlangsung di Tokyo, siang tadi (9 Mei).

Presiden Moon berkata beliau menghargai sokongan Jepun dan China dalam mencapai perdamaian di Semenanjung Korea.

PM Abe juga mengadakan pertemuan berasingan dengan PM Li dan Presiden Moon selepas itu.

Jepun mahu mengusulkan Laut China Timur yang bebas dan aman.

Pertemuan ini diadakan menyusuli sidang kemuncak bersenjarah antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dengan Presiden Moon pada 27 April lalu dan Presiden Xi Jinping, awal minggu ini.

Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo juga telah berlepas ke Pyongyang hari ini untuk menyelesaikan perincian rancangan pertemuan antara Encik Kim dengan Presiden Donald Trump.

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan