Images
  • public at beijing, china
    (Gambar: AP)

China, Jepun, Korea Selatan ikrar sokongan 'disasar' bagi pemulihan dari pandemik COVID-19

TOKYO: Kementerian-kementerian kewangan dan gabenor bank pusat dari China, Jepun dan Korea Selatan pada Isnin (3 Mei) mengikrarkan langkah-langkah "disasarkan" bagi negara-negara yang paling terjejas oleh pandemik COVID-19, dan menyatakan komitmen untuk memupuk kestabilan fiskal dan kewangan.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas satu mesyuarat maya yang diadakan di luar mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia (ADB), kementerian-kementerian itu berikrar untuk mencapai pemulihan inklusif, serta mengekalkan kemampanan fiskal jangka panjang dan kemampanan kewangan.

Tindak balas kepada krisis koronavirus, perlindungan kesihatan menyeluruh, perubahan iklim, infrastruktur bermutu tinggi serta ketelusan dan kemampanan hutang di Asia dijangka menjadi agenda utama di mesyuarat-mesyuarat ADB.

- Reuters/HA/ha

Top