Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China jangka ekonomi tumbuh perlahan dek ekonomi dunia, perang dagang

Perdana Menteri China, Li Keqiang memberi amaran bahawa negara itu sedang menghadapi "perjuangan yang sukar".

Anggaran Waktu Membaca:
China jangka ekonomi tumbuh perlahan dek ekonomi dunia, perang dagang

(Gambar fail: Stinger/Reuters)

Diterbitkan : 05 Mar 2019 08:00PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 08:05PM

BEIJING: Perdana Menteri China, Li Keqiang memberi amaran bahawa negara itu sedang menghadapi "perjuangan yang sukar".

Amaran itu dikeluarkannya semasa PM Li membentangkan potongan cukai dan langkah-langkah lain untuk merancakkan ekonomi China yang dijangka tumbuh lebih perlahan tahun ini.

Berucap di pembukaan sidang tahunan Kongres Rakyat China hari ini (5 Mac), PM Li berkata pemerintah menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak antara 6 peratus hingga 6.5 peratus pada tahun ini.

Kadar itu merupakan yang paling rendah dalam tempoh hampir tiga dekad.

Buat masa ini, China sedang menghadapi cabaran berkaitan dengan kelembapan ekonomi dunia dan pertikaian dagangan dengan Amerika Syarikat.

Semasa membentangkan laporan tahunan kerja pemerintah, PM Li turut mengumumkan kenaikan peruntukan belanjawan bagi pertahanan China sebanyak 7.5 peratus kepada kira-kira AS$178 bilion (S$241 bilion).

Kadar kenaikan itu lebih rendah berbanding 8.1 peratus pada tahun lalu.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan