Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China gesa Korea Utara, AS tolak ansur jelang sidang kedua

Presiden China Xi Jinping dilaporkan memberitahu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, beliau menyokong persidangan kedua antara Encik Kim dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jan 2019 05:06PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 10:17PM

SHANGHAI: Presiden China Xi Jinping dilaporkan memberitahu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, beliau menyokong persidangan kedua antara Encik Kim dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Menurut laporan agensi berita Xinhua pada Khamis (10 Jan), Presiden Xi ditukil sebagai berkata beliau berharap para pemimpin Amerika Syarikat dan Korea Utara boleh bertolak ansur.

Laporan yang sama juga menambah, Presiden Xi menarik perhatian terdapat peluang bersejarah bagi satu huraian politik kepada isu di semenanjung Korea.

Pemimpin China itu menjemput Encik Kim ke Beijing empat hari lalu, bagi satu pertemuan dengannya.

Media rasmi China melaporkan Encik Kim berikrar untuk berusaha mencapai satu huraian yang akan dialu-alukan masyarakat antarabangsa apabila beliau bertemu Presiden Trump dalam sidang kedua antara kedua-dua pemimpin kelak.

Pemimpin Pyongyang itu juga ditukil sebagai berkata beliau berharap pihak-pihak berkepentingan akan memandang serius keprihatinan Korea Utara.

Tindak balas aktif juga akan diambil ke arah usaha menggalakkan huraian menyeluruh kepada isu di semenanjung Korea itu.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan