Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China gesa AS henti 'tunjuk kuasa' di Laut China Selatan yang dipertikai

China menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti "menunjukkan kuasanya" di Laut China Selatan yang dipertikaikan dan mengelakkan apa yang disebutnya sebagai "keadaan tidak menentu yang baru" berhubung Taiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2019 09:06PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 10:06PM

BANGKOK: China menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti "menunjukkan kuasanya" di Laut China Selatan yang dipertikaikan dan mengelakkan apa yang disebutnya sebagai "keadaan tidak menentu yang baru" berhubung Taiwan.

Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe menegaskan demikian pada Isnin (18 Nov) semasa pertemuannya dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Mark Esper di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Bangkok.

Dalam satu sidang media, jurucakap Kementerian Pertahanan China berkata, kedua-dua pihak mengadakan rundingan yang positif dan membina.

Mereka membincangkan pelbagai isu, terutamanya soal Laut China Selatan, Selat Taiwan dan keadaan di Hong Kong.

Kedua-dua pihak mengesahkan lagi komitmen untuk bekerjasama mengenai hubungan China-Amerika serta dalam bidang ketenteraan.

China membuat tuntutan ke atas hampir semua kawasan perairan Laut China Selatan.

Amerika Syarikat pula menuduh China menunjukkan kuasa tenteranya di kawasan itu yang juga dituntut beberapa pihak lain.

Sumber : Reuters/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan