Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China dikritik jalankan latihan menembak guna peluru hidup dekat dengan Taiwan

Taiwan pula membidas China kerana menjalankan latihan tentera menembak menggunakan peluru hidup dekat pulau itu kelmarin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2018 08:25PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 11:06PM

TAIWAN: Taiwan pula membidas China kerana menjalankan latihan tentera menembak menggunakan peluru hidup dekat pulau itu kelmarin.

Majlis Ehwal Tanah Besar Taiwan (MAC) menyifatkan latihan tersebut sebagai helah China untuk mengugut pulau itu.

Dalam kenyataannya yang bernada tegas, MAC menuduh China mengganggu Taiwan dan mengancam keamanan serta kemantapan rantau itu.

Taiwan menegaskan ia tidak akan tunduk kepada ancaman-ancaman itu sambil menekankan bahawa semua pertikaian perlu dihuraikan menerusi dialog.

China menganggap Taiwan sebagai sebuah wilayahnya yang memberontak dan mahu disatukan semula dengan tanah besar pada suatu masa nanti walaupun dengan cara paksa. 

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan