Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China dedah prototaip kereta api laju berteknologi tinggi 'pertama seumpamanya' di dunia

China mendedahkan prototaip kereta api maglev yang sangat laju di bandar Chengdu.

Anggaran Waktu Membaca:
China dedah prototaip kereta api laju berteknologi tinggi 'pertama seumpamanya' di dunia

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 07:08PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 07:11PM

SICHUAN: China mendedahkan prototaip kereta api maglev yang sangat laju di bandar Chengdu.

Ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

Kereta api itu boleh bergerak lebih 600 kilometer sejam.

Ia dilengkapi teknologi maglev yang menggunakan teknologi maglev penebat suhu tinggi (HTS).

Kereta api itu bergerak menggunakan magnet berkuasa tinggi tanpa menggunakan kuasa elektrik, lantas menjimatkan tenaga.

Ia dibangunkan oleh Universiti Southwest Jiaotong serta syarikat China Railway dan CRRC Corporation.

Sumber : Agensi berita/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan