Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China catat kadar kelahiran terendah sejak 1949

Kadar kelahiran di China merudum ke tahap terendah sejak negara komunis itu diasaskan pada 1949. Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa masyarakat yang menua dan tenaga kerja yang berkurangan akan menambah tekanan terhadap ekonomi China.

Anggaran Waktu Membaca:
China catat kadar kelahiran terendah sejak 1949

Gambar hiasan bayi.

Diterbitkan : 17 Jan 2020 04:58PM Dikemas Kini : 17 Jan 2020 04:59PM

BEIJING: Kadar kelahiran di China merudum ke tahap terendah sejak negara komunis itu diasaskan pada 1949. Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa masyarakat yang menua dan tenaga kerja yang berkurangan akan menambah tekanan terhadap ekonomi China.

Bagi mengelakkan krisis demografik, Beijing pada 2016 melonggarkan dasar ‘satu keluarga satu anak’, namun ia tidak menyebabkan banyak perubahan.

Berdasarkan data Biro Statistik Nasional (NSB) yang diumumkan hari ini (17 Jan), kadar kelahiran pada 2019 berada pada nisbah 10.48 bagi setiap 1,000 orang, menunjukkan kadar kelahiran berkurangan selama tiga tahun berturut-turut.

Pada 2019, 14.65 juta bayi dilahirkan. 15.23 juta bayi dilahirkan pada 2018 dan 17.23 juta bayi pada 2017. Bagaimanapun, kadar penduduk China mencecah 1.4 bilion menjelang akhir tahun lalu, meningkat 4.67 juta berbanding tahun sebelumnya.

Malahan, kadar tenaga kerja China terus susut tahun lalu, di mana NBS mendedahkan bahawa terdapat 896.4 juta orang berusia antara 16 hingga 59 tahun - berkurangan daripada 897.3 juta orang pada 2018.

Ini menunjukkan penurunan selama lapan tahun berturut-turut dan tenaga kerja dijangka berkurangan lagi sehingga 23 peratus menjelang 2050.

Walaupun kekangan China terhadap saiz keluarga boleh dilonggarkan, peningkatan kos sara hidup menyebabkan ramai pasangan enggan mempunyai ramai anak.

Ekonomi China mencatat pertumbuhan 6.1 peratus pada 2019, kadar terendah sejak 1990 berikutan permintaan yang berkurangan selain kesan perang dagangan dengan Amerika Syarikat (AS). 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan