Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China batas kanak-kanak bawah umur main permainan online lebih 3 jam seminggu

China melarang kanak-kanak di negara itu daripada main permainan video lebih daripada tiga jam dalam seminggu.

Anggaran Waktu Membaca:
China batas kanak-kanak bawah umur main permainan online lebih 3 jam seminggu

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Sep 2021 05:38PM Dikemas Kini : 01 Sep 2021 05:40PM

BEIJING: China melarang kanak-kanak di negara itu daripada main permainan video lebih daripada tiga jam dalam seminggu.

Menurut laporan AP, larangan itu adalah yang paling ketat dikenakan terhadap industri permainan, seiring usaha penguat kuasa undang-undang untuk memantau sektor teknologi dengan lebih tegas.

Mulai 1 September, kanak-kanak di China dibenarkan bermain permainan video online antara jam 8.00 malam hingga 9.00 malam pada Jumaat, hujung minggu dan cuti umum, menurut satu notis daripada pihak berkuasa negara itu.

Peraturan itu mengehadkan masa permainan kepada tiga jam dalam seminggu sepanjang tahun.

Had waktu itu dikurangkan lagi berbanding peraturan yang ditetapkan sebelum ini pada tahun 2019, yang mana kanak-kanak bawah umur boleh bermain permainan online selama satu setengah jam sehari dan tiga jam pada cuti umum.

Peraturan baru itu jelas menjejas beberapa syarikat teknologi terbesar di China termasuk syarikat gergasi permainan online, Tencent yang popular melalui permainan 'Honor of Kings'.

Harga saham Tencent ditutup pada paras 0.6 peratus iaitu HK$465.80 (S$80.62) pada Isnin (31 Ogos) menyusuli pengumuman tersebut.

Pada awal Ogos, Tencent menyatakan pihaknya akan mengehadkan waktu bermain permainan video online bagi kanak-kanak bawah umur kepada sejam setiap hari dan dua jam ketika cuti umum.

Mereka juga akan melarang kanak-kanak bawah usia 12 tahun daripada membuat sebarang pembelian dalam permainan.

Peraturan tersebut diperkenalkan selepas satu laporan dalam akhbar tempatan yang mendakwa industri permainan video online kini menjadi 'ketagihan spiritual'.

Menurut pihak berkuasa China, mereka akan memperluaskan pemantauan dan meningkatkan kekerapan pemeriksaan terhadap syarikat-syarikat permainan dalam talian bagi memastikan peraturan baru itu dipatuhi.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan