Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China, AS catat kemajuan ketara dalam rundingan perdagangan terkini

China dan Amerika Syarikat mencapai kemajuan yang ketara berhubung beberapa isu tertentu menyusuli pusingan terkini dalam rundingan perdagangan dan ekonomi peringkat tinggi di Washington, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan delegasi China pada Ahad (24 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
China, AS catat kemajuan ketara dalam rundingan perdagangan terkini

China, Amerika Syarikat mencatat kemajuan ketara dalam rundingan perdagangan terkini. (Gambar: Carlos Barria/Reuters)

Diterbitkan : 25 Feb 2019 03:21PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 03:24PM

WASHINGTON: China dan Amerika Syarikat mencapai kemajuan yang ketara berhubung beberapa isu tertentu menyusuli pusingan terkini dalam rundingan perdagangan dan ekonomi peringkat tinggi di Washington, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan delegasi China pada Ahad (24 Feb).

Semasa rundingan dari 21 hingga 24 Februari, para perunding China dan Amerika Syarikat terus melaksanakan persetujuan penting yang dicapai oleh presiden kedua-dua negara dalam pertemuan mereka di Argentina pada Disember lalu, serta menumpukan perbincangan berhubung teks satu perjanjian.

Delegasi China menyatakan bahawa kemajuan itu dicapai dalam isu seperti pemindahan teknologi, perlindungan hak intelektual, halangan bukan tarif, industri perkhidmatan, pertanian dan kadar pertukaran.

Berdasarkan perkembangan terkini, kedua-dua pihak akan meneruskan kerja masing-masing sehingga peringkat seterusnya mengikut arahan ketua negara mereka, menurut delegasi China.

Delegasi China diketuai Naib Perdana Menteri Liu He, yang turut hadir sebagai utusan khas Presiden Xi Jinping, manakala delegasi Amerika Syarikat pula diketuai Wakil Perdagangan Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan