Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China, AS adakan rundingan terbaru di Beijing tamatkan pertikaian dagangan dua hala

China dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan terbaru di Beijing bagi menamatkan pertikaian perdagangan dua hala.

Anggaran Waktu Membaca:
China, AS adakan rundingan terbaru di Beijing tamatkan pertikaian dagangan dua hala

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Steven Mnuchin. (Gambar: Aaron P. Bernstein/Reuters)

Diterbitkan : 01 May 2019 04:59PM Dikemas Kini : 01 May 2019 05:03PM

BEIJING: China dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan terbaru di Beijing bagi menamatkan pertikaian perdagangan dua hala.

Rundingan itu melibatkan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin, Wakil Perdagangan Amerika, Robert Lighthizer dan Naib Perdana Menteri China, Liu He.

Semalam (30 Apr), Encik Mnuchin dan Encik Liu mengadakan rundingan tidak rasmi sambil makan malam.

Selepas mengadakan beberapa pusingan rundingan China dan Amerika menyatakan sudah membuat kemajuan bagi menghuraikan beberapa isu termasuk hak milik intelektual dan pemindahan teknologi secara paksa.

Encik Liu akan ke Amerika minggu depan bagi rundingan selanjutnya yang mungkin merupakan yang terakhir.

Sumber : Reuters/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan