Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China arah pemeriksaan cegah penularan COVID-19 menerusi rantaian sejuk

China sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh ke atas pengimport makanan, pasar raya, wadah e-dagang dan restoran untuk mencegah penyebaran virus korona melalui produk rantaian sejuk yang diimport, umum pengawal selia pasaran negara itu pada Rabu (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
China arah pemeriksaan cegah penularan COVID-19 menerusi rantaian sejuk

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Dec 2020 03:09PM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 03:14PM

BEIJING: China sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh ke atas pengimport makanan, pasar raya, wadah e-dagang dan restoran untuk mencegah penyebaran virus korona melalui produk rantaian sejuk yang diimport, umum pengawal selia pasaran negara itu pada Rabu (2 Dis).

Walaupun China telah meningkatkan pengujian dan pembasmian kuman bagi produk beku yang diimport di pelabuhan dan pasar-pasar tempatan, menaikkan kos dan mengekang permintaan, komen terbaru dari Beijing itu menunjukkan pemeriksaan terhadap import rantaian sejuk hanya akan dipertingkatkan lagi.

China telah berulang kali mengesan virus pada bungkusan pelbagai produk daripada bahagian babi dari negara Jerman hinggalah udang dari Ekuador. Sebagai tindakan, ia mengenakan larangan import yang mencetuskan gangguan, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan risiko dijangkiti COVID-19 dari makanan sejuk beku adalah rendah.

Pengawal selia China juga meminta pihak berkuasa agar semua tempat simpanan barangan beku didaftarkan pada akhir tahun ini, menurut kenyataan itu.

Produk makanan rantaian sejuk yang diimport tidak boleh dijual di China tanpa laporan yang menunjukkan bahawa ia sudah menjalani ujian asid nukleik untuk virus korona, kata pentadbiran pengawal selia pasaran, sambil menekankan dasar sedia ada.

Pihak berkuasa tempatan mesti meningkatkan tindakan keras terhadap produk makanan rantaian sejuk yang diimport tanpa tempat asal yang jelas, atau resit dan bil berkenaan, tambahnya.

Para pengeluar dan pengendali perlu membawa masuk produk makanan rantaian sejuk yang diimport melalui saluran yang ditetapkan dan menyimpan dan menjualnya di kawasan yang ditentukan, menurut kenyataan pihak berkuasa.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan