Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China ancam tindak balas terhadap AS

China mengancam akan bertindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS) sekiranya dikenakan tindakan atas usahanya untuk melaksanakan undang-undang hasutan di Hong Kong.

Anggaran Waktu Membaca:
China ancam tindak balas terhadap AS

Presiden China Xi Jinping (tengah) hadir sesi planery kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 May 2020 08:49AM Dikemas Kini : 26 May 2020 08:52AM

HONG KONG: China mengancam akan bertindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS) sekiranya dikenakan tindakan atas usahanya untuk melaksanakan undang-undang hasutan di Hong Kong.

Ini selepas ketua keselamatan pusat perniagaan di wilayah itu menyifatkan pelaksanaan undang-undang itu sebagai alat untuk membanteras 'pengganasan'.

Beijing merancang untuk meluluskan undang-undang keselamatan baru untuk Hong Kong yang melarang pengkhianatan, penindasan dan hasutan selepas berdepan dengan tunjuk perasaan pro-demokrasi yang sering mengakibatkan berlakunya keganasan, tahun lalu.

Bagaimanapun, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya untuk membantah pelaksanaannya walaupun larangan terhadap perhimpunan secara beramai-ramai sudah diperkenalkan bagi menangani penularan COVID-19.

Tunjuk perasaan itu diadakan oleh penduduk Hong Kong, kumpulan ahli perniagaan dan negara Barat kerana bimbang, cadangan itu akan memberi tamparan hebat terhadap hak kebebasan mereka.

Ketika pihak polis meleraikan para penunjuk perasaan dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air, penasihat keselamatan Amerika Syarikat, Robert O'Brien memberi amaran undang-undang baru itu akan memberi kesan kepada Hong Kong yang mendapat layanan perdagangan istimewa dari Amerika Syarikat.

Namun, Kementerian Luar China menyatakan bahawa Beijing akan bertindak balas terhadap sekatan dari Washington.

"Sekiranya Amerika berkeras untuk merosakkan kepentingan China, China harus mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk melawan dan menentangnya," kata jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian kepada wartawan pada Isnin (24 Mei).

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan