Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China akan tarik balik arahan perintah berkurung di wilayah Hubei, termasuk Wuhan

Pemerintah China akan menarik balik arahan perintah berkurung dalam masa dua minggu, di bandar Wuhan iaitu pusat penularan COVID-19 bermula.

Anggaran Waktu Membaca:
China akan tarik balik arahan perintah berkurung di wilayah Hubei, termasuk Wuhan

Sebuah bandar di China semasa penularan virus korona baru. (Gambar: REUTERS/Jason Lee)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 06:18PM Dikemas Kini : 24 Mar 2020 06:20PM

CHINA: Pemerintah China akan menarik balik arahan perintah berkurung dalam masa dua minggu, di bandar Wuhan iaitu pusat penularan COVID-19 bermula.

Sekatan perjalanan juga akan dimansuhkan mulai 8 April, lebih dua bulan selepas perintah berkurung dikuatkuasakan.

Ini bermakna para penduduk Wuhan boleh meninggalkan bandar tersebut, hanya jika mereka sihat.

Bagi kawasan-kawasan sekitar wilayah Hubei, sekatan perjalanan akan dimansuhkan mulai esok (25 Mac).

Tindakan itu diambil sedang Wuhan mengumumkan satu kes jangkitan COVID-19, selepas lima hari berturut-turut ia tidak mencatat sebarang kes jangkitan.

China melaporkan hampir 80 kes baru pada Selasa (24 Mac), kebanyakannya kes yang diimport.

Pesakit-pesakit yang tidak menunjukkan sebarang simptom dikecualikan daripada kiraan rasmi kes jangkitan.

Secara keseluruhan, lebih 81,000 jangkitan dicatatkan di China, dengan jumlah kematian melebihi 3,270. 

Sumber : Agensi berita/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan