Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Chan Chun Sing hadiri Ekspo Import Antarabangsa China

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing melakukan lawatan ke Shanghai bermula hari ini (4 Nov) hingga Selasa (6 Nov), untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Nov 2018 04:01PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 11:10PM

SHANGHAI: Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing melakukan lawatan ke Shanghai bermula hari ini (4 Nov) hingga Selasa (6 Nov), untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China.

Ekspo yang julung-julung kalinya diadakan di China itu, disertai sekitar 300 perwakilan dari lebih 80 syarikat Singapura.

Encik Chan menghadiri majlis perasmian ekspo itu hari ini (4 Nov) dan berkunjung ke Astaka-astaka Perdagangan Singapura.

Selain Encik Chan, Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Dr Koh Poh Koon juga melawat Shanghai dari selasa (6 Nov) hingga Khamis (8 Nov) ini, untuk memberi ceramah di Forum Inovasi Dagangan China-Singapura, yang diadakan bersempena Ekspo tersebut.

Hubungan ekonomi antara Singapura dengan China semakin kukuh. Pada tahun lalu, Singapura menjadi destinasi pelaburan terbesar China menerusi inisiatif Laluan Sutera yang menarik sekitar 22 pertaus pelaburan China ke luar negara.

China sebaliknya sudah menjadi destinasi pelaburan utama Singapura sejak tahun 1997.  

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan