Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

CEO Cradle Fund mungkin maut dek telefon bijak meletup semasa dicas

Telefon bijak yang diletak sama ada di atas katil atau di sisi katil yang meletup semasa sedang dicas, mungkin menjadi punca kebakaran sebuah bilik tidur yang mengorbankan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2018 12:43PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 10:21PM

KUALA LUMPUR: Telefon bijak yang diletak sama ada di atas katil atau di sisi katil yang meletup semasa sedang dicas, mungkin menjadi punca kebakaran sebuah bilik tidur yang mengorbankan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.

Mesej daripada keluarga Allahyarham Nazrin yang kini viral di media sosial, memetik seorang ipar lelaki yang mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu meletup, mengakibatkan trauma tumpul di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.

Tilam turut disambar api, namun ketika itu, beliau sudahpun tidak bernyawa, kata ipar Allahyarham yang namanya tidak disebut dalam mesej berkenaan.

"Beliau ada dua telefon, satu Blackberry dan satu Huawei. Saya tidak tahu mana satu yang meletup. Siapa sangka prosedur rutin yang tidak berbahaya ini adalah penyebab tiga anak kecil membesar tanpa bapa mereka di sisi," katanya.

Menurut polis, Allahyarham Nazrin terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidu asap. Tubuh mangsa turut melecur.

Mesej itu turut memuatkan nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengecas telefon, termasuk mempertimbangkan zon yang selamat untuk berbuat demikian.

"Paling baik, bukan di dalam bilik tidur. Ia jauh lebih berbaloi sungguhpun telefon berada jauh daripada jangkauan," kata ipar Allahyarham.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat pemula Malaysia.

Ia adalah agensi yang memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan