Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cathay Pacific akan iktiraf jualan tiket selepas 'kesilapan' Tahun Baru

Cathay Pacific Airways pada Rabu (2 Jan) mengakui kesilapannya yang mengakibatkan para penumpang dapat membeli tiket pada potongan harga yang besar semasa Tahun Baru. Syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa ia tetap akan mengiktiraf tiket-tiket yang sudah dibeli.

Anggaran Waktu Membaca:
Cathay Pacific akan iktiraf jualan tiket selepas 'kesilapan' Tahun Baru

Sebuah pesawat penerbangan Cathay Pacific Airways (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Jan 2019 11:35AM Dikemas Kini : 03 Jan 2019 11:37AM

HONG KONG: Cathay Pacific Airways pada Rabu (2 Jan) mengakui kesilapannya yang mengakibatkan para penumpang dapat membeli tiket pada potongan harga yang besar semasa Tahun Baru. Syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa ia tetap akan mengiktiraf tiket-tiket yang sudah dibeli.

Menurut catatan Twitter syarikat penerbangan itu: "Selamat menyambut Tahun 2019 kepada anda, terutama sekali bagi mereka yang membeli 'kejutan istimewa' pada Tahun Baru. Ya, kami membuat kesilapan namun kami mengalu-alukan anda dengan tiket penerbangan yang dibeli.

"Harap ini juga akan menjadikan 2019 anda 'istimewa'!"

Pengumuman itu dibuat selepas para penumpang dilaporkan dapat membeli tiket ulang-alik kelas bisnes dan kelas pertama antara Vietnam dengan Amerika Utara pada harga serendah kelas ekonomi.

Para pengguna media sosial memuji syarikat itu kerana mengiktiraf tiket-tiket tersebut.

Kesilapan syarikat penerbangan itu berlaku menyusuli satu pencerobohan data yang menjejas 9.4 juta penumpang beberapa bulan yang lalu.

Dalam pengumumannya pada Oktober lalu, Cathay Pacific Airways mendedahkan bahawa data peribadi yang terdiri daripada nombor pasport, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat emel sudah diakses tanpa izin.

Dalam satu kemas kini pada November tahun lalu, syarikat tersebut mengumumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan 27 pengawal selia dari 15 negara untuk menyiasat pencerobohan data tersebut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan