Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Carrie Lam hentikan ucapan dasar selepas diganggu berkali-kali

Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam tepaksa menghentikan ucapan tahunannya di parlimen siang tadi (16 Okt) selepas diganggu berkali-kali.

Anggaran Waktu Membaca:
Carrie Lam hentikan ucapan dasar selepas diganggu berkali-kali

Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam meninggalkan dewan separuh jalan ketika menyampaikan ucapan dasar tahunannya pada 16 Okt 2019. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 05:58PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 05:59PM

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam tepaksa menghentikan ucapan tahunannya di parlimen siang tadi (16 Okt) selepas diganggu berkali-kali.

Para anggota pembangkang membuat kecoh di sesi Majlis Perundangan dengan menengking dan melaung-laungkan cogan kata kesat.

Cik Lam cuba menyampaikan ucapannya dua kali namun beliau akhirnya terpaksa berhenti dan meninggalkan bangunan. Beliau kemudian menyampaikan ucapannya melalui rakaman video.

Dalam ucapannya itu, Cik Lam berkata keganasan hanya akan memusnahkan nilai-nilai teras, kekuatan dan sistem-sistem di Hong Kong.

Beliau menggesa masyarakat supaya membolehkan keadaan di Hong Kong kembali seperti biasa.

Ucapan dasar-dasarnya meliputi 200 inisiatif yang bertujuan mengembalikan keyakinan ramai terhadap pentadbirannya selepas dicengkam bantahan-bantahan antipemerintah selama empat bulan.

Beliau mengetengahkan isu perumahan sebagai 'punca' rasa tidak puas hati dan merupakan isu paling mendesak yang dihadapi Hong Kong.

Cik Lam berikrar untuk menambah bekalan rumah dengan membina sejumlah 10,000 flat dalam masa tiga tahun akan datang. 

Sumber : AFP/REUTERS/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan