Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Carrie Lam beri amaran tentera China mungkin campur tangan jika keganasan semakin buruk

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam memberi amaran tentera China mungkin campur tangan sekiranya keganasan di wilayah khas China itu menjadi semakin buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Carrie Lam beri amaran tentera China mungkin campur tangan jika keganasan semakin buruk

Cik Carrie Lam. (Gambar: Tyrone Siu/REUTERS)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 09:01PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 09:05PM

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam memberi amaran tentera China mungkin campur tangan sekiranya keganasan di wilayah khas China itu menjadi semakin buruk.

Namun Cik Lam mengulangi harapan agar pentadbirannya dapat menghuraikan sendiri krisis di Hong Kong tanpa China perlu campur tangan.

Cik Lam juga berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang keberkesanan undang-undang baru yang mengharamkan pemakaian penutup muka.

"Masih terlalu awal untuk menyatakan undang-undang antipenutup muka tidak berkesan. Saya yakin anda bersetuju bahawa bagi sesuatu dasar atau undang-undang baru, ia memerlukan masa untuk dilaksanakan dengan berkesan.

"Namun saya mahu mengulangi lagi, sekiranya kita berasa amat bangga bahawa Hong Kong adalah sebuah bandar yang menegak dan mempertahankan undang-undang, satu komponennya yang penting adalah para penduduk yang mematuhi undang-undang. Kita mahu para penduduk Hong Kong menghormati undang-undang," kata Cik Lam.

Pemerintah Hong Kong memperkenalkan undang-undang antipenutup muka di bawah Undang-undang Darurat yang digunakan semula buat pertama kalinya dalam masa 50 tahun.

Ia bertujuan menamatkan tunjuk perasaan ganas di wilayah khas China itu yang semakin menjadi-jadi.

Namun ia mencetuskan lebih banyak bantahan ganas sejak dikuatkuasakan pada Sabtu lalu.

Ada laporan menyatakan Hong Kong mungkin mengenakan pula sekatan internet bagi membendung rusuhan. 

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan