Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Campuran ubat AstraZeneca didapati berkesan lawan COVID-19

Campuran ubat uji kaji antibodi COVID-19 AstraZeneca berhasil mengurangkan penyakit teruk atau kematian dalam kalangan pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital berdasarkan satu kajian peringkat lanjut, dedah pembuat ubat-ubatan Britain itu pada Isnin (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Campuran ubat AstraZeneca didapati berkesan lawan COVID-19

(Gambar: REUTERS/Rachel Wisniewski)

Diterbitkan : 11 Oct 2021 08:58PM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 09:03PM

LONDON: Campuran ubat uji kaji antibodi COVID-19 AstraZeneca berhasil mengurangkan penyakit teruk atau kematian dalam kalangan pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital berdasarkan satu kajian peringkat lanjut, dedah pembuat ubat-ubatan Britain itu pada Isnin (11 Okt).

Ubat itu, yang diberi nama AZD7442, berhasil mengurangkan risiko sebanyak 50 peratus daripada terkena COVID-19 yang teruk atau kematian dalam kalangan pesakit yang mengalami gejala selama tujuh hari atau kurang daripada itu, sekali gus memenuhi matlamat utama percubaan tersebut.

"Intervensi awal dengan antibodi kami berupaya menyumbang kepada penurunan yang ketara dalam perkembangan penyakit yang teruk, dengan perlindungan yang berterusan selama lebih enam bulan," kata Mene Pangalos, Naib Presiden Eksekutif R&D biofarmaseutikal AstraZeneca.

Syarikat itu akan merundingkan data tersebut dengan pihak berkuasa tanpa mengulas lanjut.

AstraZeneca juga sedang menghasilkan campuran ubat sebagai terapi untuk melindungi mereka yang tidak mempunyai daya imun yang cukup kuat untuk melawan COVID-19.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan