Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Calon-calon presiden Indonesia ikrar berdikari dengan bekalan tenaga menerusi kelapa sawit

Dua calon presiden Indonesia berikrar pada Ahad (17 Feb) untuk berdikari dengan sumber bekalan tenaga yang dihasilkan sendiri dengan meningkatkan penggunaan biotenaga, khususnya daripada minyak kelapa sawit, untuk mengurangkan kos mengimport minyak oleh ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Calon-calon presiden Indonesia ikrar berdikari dengan bekalan tenaga menerusi kelapa sawit

Dua calon presiden Indonesia berikrar untuk berdikari dengan sumber bekalan tenaga yang dihasilkan sendiri dengan meningkatkan penggunaan biotenaga. (Gambar: Adek Berry/AFP)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 08:47AM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 08:50AM

JAKARTA: Dua calon presiden Indonesia berikrar pada Ahad (17 Feb) untuk berdikari dengan sumber bekalan tenaga yang dihasilkan sendiri dengan meningkatkan penggunaan biotenaga, khususnya daripada minyak kelapa sawit, untuk mengurangkan kos mengimport minyak oleh ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Indonesia, negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia menggiatkan usahanya supaya keseluruhan minyak diesel yang digunakan di negara itu mengandungi bahan bakar bio. Ini bagi meningkatkan penggunaan kelapa sawit, mengurangkan import minyak dan merapatkan jurang akaun.

Dalam satu perdebatan pilihan raya yang disiarkan di televisyen, Presiden Joko Widodo berkata bahawa sekiranya beliau menang penggal kedua, pemerintah merancang untuk melaksanakan program B100 merujuk kepada bahan api yang keseluruhannya diperbuat daripada minyak kelapa sawit. Ini setelah pemerintah mewajibkan penggunaan biodiesel mengandungi 20 peratus kandungan bio (B20) tahun lalu.

"Kami berharap 30 peratus daripada keseluruhan pengeluaran kelapa sawit akan disalurkan kepada bahan bakar bio. Rancangannya jelas, supaya kami tidak akan bergantung kepada minyak yang diimport," menurut Encik Widodo sambil menambah bahawa pengeluaran minyak kelapa sawit Indonesia sudah mencecah 46 juta tan setahun.

Pesaing Encik Widodo, Encik Prabowo Subianto turut bersetuju akan pentingnya biotenaga supaya Indonesia mampu berdikari dengan bekalan tenaga. Beliau berkata, jika dipilih, beliau juga akan "meningkatkan penggunaan minyak dan gula yang dihasilkan daripada kelapa sawit, ubi kayu dan 'etanol' daripada gula (tebu)".

Encik Prabowo Subianto tidak menjelaskan dengan lanjut mengenai rancangan biotenaganya, tetapi pasukan kempennya menyarankan penggunaan jutaan hektar tanah usang untuk menghasilkan gula merah untuk menjana tenaga.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan