Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Calon Bebas Batu dakwa kena sabotaj kononnya sokong BN

Calon Bebas Batu P Prabakaran hari ini (9 mei) menafikan mesej yang viral di media sosial kononnya beliau menandatangani akuan bersumpah, bahawa dirinya menyokong Barisan Nasional (BN).

Anggaran Waktu Membaca:
Calon Bebas Batu dakwa kena sabotaj kononnya sokong BN

Akaun sumpah yang disebarkan di media sosial didakwa palsu. (Gambar: Prabakaran/Facebook)

Diterbitkan : 09 May 2018 05:37PM Dikemas Kini : 09 May 2018 05:59PM

SELANGOR: Calon Bebas Batu P Prabakaran hari ini (9 mei) menafikan mesej yang viral di media sosial kononnya beliau menandatangani akuan bersumpah, bahawa dirinya menyokong Barisan Nasional (BN).

"Itu palsu, ada yang cuba sabotaj," katanya kepada Malaysiakini dalam mesej WhatsApp.

Mantan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, yang juga naib presiden PKR membuat catatan di Facebook yang mendakwa mesej berkenaan adalah palsu.

“Sebarkan - Macam-macam benda BN buat untuk kelirukan pengundi.

“Tiada apa-apa surat sebegini! Harap maklum. Tolong sebarkan!” katanya merujuk surat bertarikh 30 April yang mendakwa Prabakaran menandatangani akuan bersumpah menyokong BN itu.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, gagal mempertahankan kerusi Batu selepas dia tidak dibenarkan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya berikutan denda RM2,000 (S$673) yang dikenakan kerana menghina kehormatan seorang anggota polis.

Prabakaran sebagai calon Bebasa akan bertanding menggunakan logo kunci, lapor Malaysiakini.

Berusia 22 tahun, beliau adalah calon termuda pada pilihan raya umum ini.

Pada 4 Mei lalu, Pakatan Harapan mengumumkan Prabakaran sebagai calon yang disokongnya selepas Tian Chua hilang kelayakannya.

Kerusi Batu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Bebas VM Panjamothy, calon BN Dominic Ng, Prabakaran dan calon PAS Azhar Yahya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan