Images
  • california covid
    Beberapa orang kelihatan memakai pelitup sedang mereka bersiar-siar di dermaga pantai semasa penularan global COVID-19 di Oceanside, California, Amerika Syarikat, pada 22 Jun 2020. (Gambar fail: REUTERS)

California sahkan kes kedua varian baru COVID-19 di AS

CALIFORNIA: California pada Rabu (30 Dis) mengumumkan pengesanan kes kedua varian baru COVID-19 di Amerika Syarikat dengan varian baru itu dipercayai lebih mudah berjangkit.

Jangkitan itu memberikan petunjuk kuat bahawa jangkitan varian baru itu merebak dengan lebih meluas di Amerika Syarikat.

Gabenor California Gavin Newsom mengumumkan bahawa jangkitan varian baru itu dikesan di selatan California dan beliau mendedahkannya semasa mengadakan satu perbincangan online dengan Dr Anthony Fauci, ketua Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat.

"Saya rasa kita tidak boleh berfikir bahawa ia adalah sesuatu yang aneh kerana ia sesuatu yang dijangkakan," kata Dr Fauci.

Encik Newsom bagaimanapun enggan memberikan sebarang perincian tentang individu yang sudah dijangkiti varian baru itu.

Pengumuman itu dibuat 24 jam selepas kes pertama varian baru COVID-19 di Amerika Syarikat dikesan di Colorado.

Individu itu dikenal pasti pada Rabu sebagai seorang askar yang dikerahkan untuk membantu sebuah rumah jagaan yang terjejas oleh penularan COVID-19.

Menurut para pegawai kesihatan, askar kedua mungkin dijangkiti varian baru itu. 

- AP/RU/ru

Top