Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Cabaran Momo' membahayakan kanak-kanak?

Satu cabaran baru sudah mula menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak. Dikenali sebagai 'Cabaran Momo' atau 'Momo Challenge', ia mencabar para pengguna untuk berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali.

Anggaran Waktu Membaca:
'Cabaran Momo' membahayakan kanak-kanak?

'Cabaran Momo' cabar para pengguna untuk berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali. (Gambar: Anews24/ Facebook)

Diterbitkan : 07 Aug 2018 11:46PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 11:54PM

LONDON: Satu cabaran baru sudah mula menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak. Dikenali sebagai 'Cabaran Momo' atau 'Momo Challenge', ia mencabar para pengguna untuk berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali.

Pihak berkuasa di seluruh dunia sudah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung cabaran itu. Ini kerana ia dipercayai menggalak kanak-kanak untuk bunuh diri.

Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa Cabaran Momo mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini.

Cabaran itu, menurut Daily Mail, meminta para pengguna untuk menambah kenalan dan menghubungi seseorang yang digelar 'Momo'.

Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalak keganasan atau bunuh diri.

Patung artis Jepun, Midori Hayashi, yang tiada kaitan dengan cabaran tersebut digunakan sebagai imej avatar 'Momo'.

Daily Mail menukil akhbar Buenos Aires Times sebagai menyatakan bahawa cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina, yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Jika perkara itu disahkan polis, kanak-kanak itu merupakan mangsa pertama Cabaran Momo.

Cabaran itu dilaporkan tular secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku. 

Sumber : Agensi berita/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan