Images
  • Seagulls
    Lebih 20% burung camar di Australia membawa bakteria seperti E-Coli yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing dan darah. (Gambar: Peter Parks/AFP)

Burung camar boleh jangkiti manusia dengan bakteria kebal antibiotik

SYDNEY: Burung-burung camar di Australia didapati membawa bakteria yang kebal terhadap antibiotik.

Ahli-ahli sains di Universiti Murdoch di Perth mendapati bahawa lebih 20 peratus burung camar warna perak di merata Australia membawa bakteria-bakteria seperti E-Coli, yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing dan darah.

Hasil kajian mereka itu meningkatkan kebimbangan bahawa bakteria kebal antibiotik boleh menjangkiti manusia dan haiwan-haiwan lain.

Manusia boleh terjangkit bakteria itu jika tersentuh najis burung camar.

Para saintis tersebut percaya burung-burung camar itu pula dijangkiti bakteria tersebut semasa mencari makanan di tempat-tempat sampah dan kumbahan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran tentang ancaman yang kian meningkat mengenai 'superbug' - iaitu sejenis bakteria yang kebal antibiotik. WHO turut menggesa agar ubat-ubatan generasi baru dihasilkan dengan segera.

Mark O'Dea, seorang penyelidik dari Universiti Murdoch, berkata meskipun risiko burung-burung camar menjangkiti manusia adalah "amat rendah", namun ia masih boleh berlaku. 

- AFP/MU/ai

Top