Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Buruh maut, isteri cedera ditetak rakan kenalan

Seorang buruh maut manakala isterinya cedera akibat ditetak rakan kenalan mereka dalam kejadian di rumah kongsi ladang kelapa sawit di Kampung Beril, dekat Paka, kira-kira 30km dari sini, awal pagi tadi (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Buruh maut, isteri cedera ditetak rakan kenalan

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 06:09PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 06:12PM

DUNGUN: Seorang buruh maut manakala isterinya cedera akibat ditetak rakan kenalan mereka dalam kejadian di rumah kongsi ladang kelapa sawit di Kampung Beril, dekat Paka, kira-kira 30km dari sini, awal pagi tadi (12 Feb).

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Baharudin Abdullah berkata, dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa, Encik Mohd Zukanain Abdul Aziz, 39 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian leher manakala isterinya, Cik Rosnah Muhamed, 34 tahun, mengalami kecederaan di tangan kanan.

Sebelum kejadian, beliau berkata, pasangan suami isteri bersama lima anaknya telah pergi ke rumah suspek untuk makan malam pada jam 8 malam memandangkan suspek tinggal seorang diri.

"Selesai makan malam, suspek, yang merupakan warga Indonesia, pergi ke halaman rumah dan menebas belukar di sekitar kawasan rumahnya sebelum tiba-tiba menghampiri mangsa.

“Mangsa melihat keadaan suspek yang berkelakuan ganjil itu turut mengambil sebilah parang di dalam keretanya dan bertanya apa masalah yang dihadapi suspek, seterusnya mangsa merapati dan merampas parang suspek,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, suspek merampas parang mangsa dan terus menetak mangsa di bahagian leher sebelah kiri dan kemudiannya menetak isteri mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah membawa kereta keluar dari kawasan kejadian untuk meminta bantuan sehingga tiba di tapak pos pengawal projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Beril, katanya.

Supt Baharudin berkata pengawal pos berkenaan segera menghantar mangsa dan isterinya ke klinik Kesihatan Paka dan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu mengenali suspek tersebut kira-kira empat tahun dan mereka bekerja di ladang bersebelahan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan gerakan mengesan suspek berusia 29 tahun itu sedang dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana membunuh" katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan