Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bunyi kentut kuat bantu polis tangkap suspek

Para anggota polis yang mencari seorang suspek atas kesalahan memiliki dadah, menemui tempat persembunyiannya setelah terdengar bunyi kentut suspek yang amat kuat.

Anggaran Waktu Membaca:
Bunyi kentut kuat bantu polis tangkap suspek

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 10:42PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 10:54PM

MISSOURI: Para anggota polis yang mencari seorang suspek atas kesalahan memiliki dadah, menemui tempat persembunyiannya setelah terdengar bunyi kentut suspek yang amat kuat.

“Sekiranya kamu dikenakan waran tangkap, polis pula sedang mencari kamu dan kamu kentut dengan begitu kuat sehingga mendedahkan tempat persembunyian. Memang jelas kamu tidak bernasib baik,” menurut satu catatan di Facebook Pejabat Syerif Daerah Clay.

Jabatan itu turut menyiarkan gambar-gambar anjing milik polis, yang digunakan dalam usaha mencari suspek di kawasan hutan di Liberty, Missouri.

Namun, menurut pejabat syerif, anggotanya tidak memerlukan anjing pengesan untuk ‘menghidu’ suspek.

Dalam satu catatan di Twitter pula: “Terima kasih kepada [Pejabat Syerif Daerah Clay] kerana memalukan seseorang yang dikehendaki."

“Jabatan Polis Liberty terkejut kerana insiden yang merupakan sesuatu yang malang untuk suspek, terbongkar."

“Mujurlah tiada orang yang cedera semasa dia ditahan.”

Jabatan Syerif juga menyatakan: “Kami perlu memberi pujian kepada Jabatan Polis Liberty kerana menggunakan pancaindera mereka untuk ‘menghidu’ suspek.”

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan