Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bunuh remaja dalam operasi antidadah, 3 polis Filipina dipenjara

Tiga orang pegawai polis di Filipina dijatuhi hukuman penjara sehingga 40 tahun kerana membunuh seorang remaja semasa satu operasi antidadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2018 09:11PM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 09:17PM

MANILA: Tiga orang pegawai polis di Filipina dijatuhi hukuman penjara sehingga 40 tahun kerana membunuh seorang remaja semasa satu operasi antidadah.

Pembunuhan itu berlaku pada Ogos tahun lalu di sebatang lorong di ibu kota Manila dan ia mencetuskan bantahan besar-besaran terhadap kempen Presiden Rodrigo Duterte untuk memerangi masalah dadah di negara itu.

Tiga pegawai polis itu adalah yang pertama didapati bersalah berhubung tindak-tanduk mereka dalam melaksanakan kempen tersebut. Dalam pembelaannya, polis menyatakan remaja 17 tahun itu adalah seorang pengirim dadah dan melepaskan tembakan ke arah polis.

Namun rakaman kamera CCTV di tempat kejadian menunjukkan dua pegawai polis mengheret remaja tidak bersenjata itu, sebelum dia ditembak mati. Bahkan remaja itu juga merayu agar dia tidak ditembak.

Para pengkritik kempen antidadah Presiden Duterte mengalu-alukan keputusan mahkamah itu sambil menyifatkannya sebagai contoh keadilan dan memikul tanggungjawab.

Presiden Duterte melancarkan kempen perang dadah pada 2016.

Sejak kempen itu dimulakan, polis menyatakan hampir 5,000 pengedar dan pengguna dadah dibunuh kerana melawan ketika hendak ditangkap.

Bagaimanapun para aktivis hak asasi manusia mendakwa jumlahnya yang sebenar mungkin tiga kali ganda lebih tinggi. 

Sumber : Agensi berita/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan