Images
  • hisap rokok
    (Gambar fail: AFP)

Bungkusan rokok baru mula berkuatkuasa di Thailand

BANGKOK: Pembungkusan baru rokok mula berkuatkuasa di Thailand hari ini (10 Sep), dengan matlamat mengekang lagi tabiat merokok.

Thailand adalah negara Asia pertama melaksanakan langkah itu.

Selama hampir 15 tahun, gambaran jelas tentang bahaya merokok yang dipaparkan di kotak-kotak rokok nampaknya tidak begitu diendahkan para perokok.

Atas sebab itu, bungkusan rokok di Thailand diubah lagi tanpa menyertakan logo atau label rokok.

Kajian di Australia menunjukkan langkah negara itu memperkenalkan cara pembungkusan yang sama bagi semua jenama rokok berjaya mengurangkan bilangan perokok.

Itulah yang turut diharapkan pihak berkuasa Thailand di mana sekitar 19 peratus penduduknya yang berusia 15 tahun dan ke atas adalah perokok secara kerap.

Para pejuang kesihatan Thailand menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar perokok tempatan kepada 5 peratus.

Namun menurut mereka, empat lagi langkah utama perlu dilaksanakan bagi mencapai sasaran itu.

Langkah-langkah tersebut adalah menaikkan cukai, mengharamkan iklan rokok, menghadkan tempat merokok dan meletakkan label-label amaran bahaya merokok.

- Agensi berita/AA/tq

Top