Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bungkah batu terbesar dunia, Uluru dibuka buat kali terakhir

Ratusan pelancong sanggup beratur panjang sejak subuh tadi (25 Okt) untuk mendaki Uluru di Australia, bungkah batu terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Bungkah batu terbesar dunia, Uluru dibuka buat kali terakhir

Uluru yang dahulunya dikenali sebagai Ayers Rock merupakan tapak warisan dunia UNESCO dan daya tarikan utama pelancong di Australia. (Gambar: Stefica Bikes/REUTERS)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 05:16PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 05:19PM

YULARA: Ratusan pelancong sanggup beratur panjang sejak subuh tadi (25 Okt) untuk mendaki Uluru di Australia, bungkah batu terbesar di dunia.

Hari ini merupakan hari terakhir orang ramai dibenarkan mendaki Uluru sebelum kegiatan tersebut diharamkan untuk selama-lamanya.

Sejak tahun 1985, kaum asli Anangu yang merupakan pemilik tradisional Uluru mendesak pemerintah Australia supaya melarang orang ramai mendaki bungkah batu itu setelah taman negara tersebut dipulangkan kepada kaum berkenaan.

Uluru yang dahulunya dikenali sebagai Ayers Rock merupakan tapak warisan dunia UNESCO. Ia menjadi daya tarikan utama pelancong di Australia meskipun terletak di kawasan padang pasir yang terpencil di wilayah Northern Territory.

Setiap tahun, hampir 400,000 orang datang ke sana.

Bagi memperingati bermulanya pengharaman kegiatan mendaki Uluru, pihak taman negara tersebut akan mengadakan perayaan awam hujung minggu ini. 

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan