Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bumbung masjid runtuh, mujur jemaah terselamat

Empat jemaah Masjid Haji Muhammad di Kampung Mengabang Tengah dekat Kuala Terengganu terselamat selepas sebahagian struktur bumbung masjid itu, yang masih dalam fasa pembinaan, runtuh malam tadi (7 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Bumbung masjid runtuh, mujur jemaah terselamat

(Gambar: Muhammad Dhayurrahman Osman/Facebook)

Diterbitkan : 08 May 2019 01:28PM Dikemas Kini : 08 May 2019 01:29PM

KUALA TERENGGANU: Empat jemaah Masjid Haji Muhammad di Kampung Mengabang Tengah dekat Kuala Terengganu terselamat selepas sebahagian struktur bumbung masjid itu, yang masih dalam fasa pembinaan, runtuh malam tadi (7 Mei).

Dalam kejadian pada sekitar jam 10.30 malam itu, lapor BH Online, menara - iaitu tapak kubah masjid yang sedang dibina untuk naik taraf masjid - runtuh ketika hujan lebat.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi Kuala Terengganu Mohd Roslan Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada kira-kira pukul 10.40 malam.

BH Online menukil Encik Mohd Roslan sebagai berkata tujuh pegawai dan anggota serta sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami dapati bahagian kubah di tengah masjid yang sedang dinaik taraf untuk dijadikan menara kubah runtuh.

“Ketika kejadian, jemaah baru selesai menunaikan solat terawih dan sedang bertadarus. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” kata beliau seperti ditukil oleh BH Online.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan