Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bukan saja wang, si perompak juga minta donat Krispy Kreme

Dalam satu kes rompakan yang berlaku di Florida di Amerika Syarikat, seorang perompak menuntut lebih daripada setakat wang tunai. Dia juga mahukan sedikit manis-manisan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan saja wang, si perompak juga minta donat Krispy Kreme

(Gambar: Krispy Kreme/Facebook)

Diterbitkan : 20 Oct 2018 12:09AM Dikemas Kini : 20 Oct 2018 12:31AM

FLORIDA: Dalam satu kes rompakan yang berlaku di Florida di Amerika Syarikat, seorang perompak menuntut lebih daripada setakat wang tunai. Dia juga mahukan sedikit manis-manisan.

Menurut catatan di laman Facebook Jabatan Polis Gainesville, lelaki berusia 45 tahun itu memasuki sebuah cawangan Krispy Kreme dan menuntut wang kertas AS$10 (S$13.70) dan AS$20 (S$27.40) daripada mesin daftar tunai... dan juga donat. 

Rompakan di cawangan donat yang popular itu bagaimanapun tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

"Seorang pekerja terkejut dan tergamam apabila perompak itu membuat tuntutan yang sama. Pekerja berkenaan kemudian memanggil seorang lagi kakitangan dan perompak itu tetap membuat tuntutan yang sama. Kedua-dua pekerja wanita itu kemudian mendapatkan perhatian seorang pekerja lelaki yang meminta perompak itu supaya beredar daripada cawangan tersebut," menurut polis melalui catatan di laman Facebooknya, seperti yang dipetik oleh NDTV. 

Si perompak kemudian melarikan diri daripada cawangan itu, namun diberkas oleh para pegawai polis sejurus selepas insiden tersebut. Mujur, tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu. 

Suspek kemudian mengaku kepada polis bahawa dia menuntut wang dan mahukan donat daripada "menu rahsia" Krispy Kreme, lapor NDTV.

Rompakan itu membuat ramai pengguna Facebook geli hati, dan catatan itu sudahpun menerima berpuluh-puluh komen dan beratus-ratus reaksi.

"Saya tidak percaya dengan memberikan seseorang itu ganjaran atas tingkah laku buruk, tetapi saya akan memberikan lelaki itu sekeping donat sebelum membawanya ke penjara. Insiden ini mungkin lebih buruk. Kalau bukan Krispy Kreme, dia mungkin ke McDonalds," kata seorang pengguna.

"Perompak ini tidak berasa bersalah kerana membuat keputusan yang buruk. Maksud saya, dia meminta donat selain wang tunai," kata seorang lagi pengguna Facebook, seperti yang dipetik oleh NDTV.

Pada November lalu, seorang perompak yang memecah masuk sebuah rumah di Scotland diberkas selepas dia tertidur selepas memakan pai dan snek Doritos. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan