Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak perempuan 2 tahun maut terkena kipas siling

Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar maut selepas terkena kipas siling ketika bermain bersama bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak perempuan 2 tahun maut terkena kipas siling

Sebuah kipas siling (Gambar hiasan: Wiki Commons)

Diterbitkan : 20 Jun 2019 08:15AM Dikemas Kini : 20 Jun 2019 08:17AM

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar maut selepas terkena kipas siling ketika bermain bersama bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang.

Dalam kejadian kira-kira 10.00 malam Ahad itu, bapa saudara mangsa dipercayai melambung kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan menyebabkan kepalanya terkena kipas siling dan cedera.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata akibat kecederaan di kepala, mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin.

“Hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian disebabkan kecederaan teruk di kepala,” katanya dalam kenyataan pada Rabu (19 Jun).

Beliau berkata bapa saudara mangsa berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 1.15 tengah hari Selasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan