Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak lelaki tembak mati 3 kanak-kanak di Utah

Seorang budak lelaki menembak mati tiga kanak-kanak dan seorang wanita di dalam sebuah rumah di sebuah bandar kecil di wilayah Utah, menurut polis pada Sabtu (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Budak lelaki tembak mati 3 kanak-kanak di Utah

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 08:00PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 08:02PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang budak lelaki menembak mati tiga kanak-kanak dan seorang wanita di dalam sebuah rumah di sebuah bandar kecil di wilayah Utah, menurut polis pada Sabtu (18 Jan).

Suspek kemudian menemani mangsa kelimanya ke hospital di mana polis menangkapnya.

Pihak polis masih belum mengetahui hubungan antara para mangsa dengan suspek atau peristiwa yang membawa kepada pembunuhan di bandar Grantsville ini.

Namun, para penyiasat percaya kesemua mangsa ada pertalian darah.

Mereka juga enggan mendedahkan sebarang maklumat tentang suspek melainkan dia masih bawah umur.

Kes tersebut dipercayai kejadian tembakan beramai-ramai yang pertama di Utah sejak tahun 2007.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan