Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak lelaki diterkam anjing liar di Pulau Fraser Australia

Seorang budak lelaki diterkam oleh sejenis anjing liar atau dingo di sebuah pulau pelancongan popular di bahagian timur Australia. Menurut bapanya, segerombolan anjing liar itu "mahukan darah".

Anggaran Waktu Membaca:
Budak lelaki diterkam anjing liar di Pulau Fraser Australia

Seorang budak lelaki diterkam oleh sejenis anjing liar atau dingo di sebuah pulau pelancongan popular di bahagian timur Australia. (Gambar: Torsten Blackwood/AFP)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 11:27AM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 11:30AM

SYDNEY: Seorang budak lelaki diterkam oleh sejenis anjing liar atau dingo di sebuah pulau pelancongan popular di bahagian timur Australia. Menurut bapanya, segerombolan anjing liar itu "mahukan darah".

Kanak-kanak berusia enam tahun itu yang berada dalam keadaan stabil, diserang pada Sabtu (19 Jan) semasa satu percutian keluarga ke Pulau Fraser, sebuah tapak Warisan Dunia dekat pesisir Queensland.

"Keluarga itu baru saja habis berenang apabila kanak-kanak lelaki itu berkata dia ingin berlumba memanjat bukit pasir. Malangnya, apabila dia tiba di atas, terdapat segerombolan empat ekor anjing liar," menurut seorang jurucakap khidmat menyelamat RACQ LifeFlight dalam satu kenyataan.

"Salah seekor daripada anjing liar itu menyerang budak lelaki tersebut dan menggigitnya di bahagian kaki."

Budak lelaki itu, yang dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Michael Schipanski, dirawat oleh para anggota paramedik dan diterbangkan ke sebuah hospital berdekatan.

Encik Mark Schipanski berkata pada Isnin bahawa anak lelakinya berlumba ke atas bukit pasir itu bersama ibunya apabila anjing-anjing itu melihatnya dan serta-merta mahu mengejar dan menerkamnya. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan