Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak lelaki 6 tahun maut jatuh dari tingkat 15

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 15, Flat Ladang Gemilang Satu, pada Ahad (25 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Budak lelaki 6 tahun maut jatuh dari tingkat 15

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 26 Oct 2020 10:33AM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 10:35AM

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 15, Flat Ladang Gemilang Satu, pada Ahad (25 Okt).

Mangsa, Mohamad Aryan Difa Danish Mohd Azizul, dikatakan terjatuh dari tingkap ruang tamu ketika tinggal bersendirian di rumah sewa keluarganya itu.

Ibu mangsa, Cik Nurul Amelia Ali, 34 tahun berkata beliau keluar sebentar ke kedai bersama anak bongsunya yang berusia empat tahun manakala mangsa ditinggalkan kerana sedang tidur bersendirian di ruang tamu ketika itu.

"Sebelum saya keluar beli makanan tadi, dia sedang tidur, jadi saya buka televisyen sebab selalunya kalau terjaga pun, dia akan menonton kartun sementara menunggu saya pulang dari kedai.

"Dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, saya terima panggilan telefon daripada suami yang memaklumkan tuan rumah menghubunginya mengenai insiden kanak-kanak terjatuh...namun ketika itu saya langsung tidak terfikir bahawa yang jatuh itu adalah anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Cik Nurul Amelia berkata beliau hanya menyedari kanak-kanak tersebut adalah anaknya apabila melihat pakaian mangsa.

Jenazah kanak-kanak itu akan dibawa balik ke rumah bapa Nurul Amelia di Kampung Batu Buruk untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan