Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak ke-8 maut susuli wabak virus di pusat pemulihan

Seorang kanak-kanak, iaitu yang kelapan, meninggal dunia di sebuah pusat pemulihan New Jersey, Amerika Syarikat di mana 23 orang dilaporkan dijangkiti wabak virus yang membawa maut. Demikian menurut para pegawai kesihatan New Jersey pada Jumaat (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Budak ke-8 maut susuli wabak virus di pusat pemulihan

Pusat Penjagaan dan Pemulihan Wanaque di Haskell, New Jersey. (Gambar: Julio Cortez/AP)

Diterbitkan : 27 Oct 2018 10:26AM Dikemas Kini : 27 Oct 2018 10:29AM

HASKELL: Seorang kanak-kanak, iaitu yang kelapan, meninggal dunia di sebuah pusat pemulihan New Jersey, Amerika Syarikat di mana 23 orang dilaporkan dijangkiti wabak virus yang membawa maut. Demikian menurut para pegawai kesihatan New Jersey pada Jumaat (26 Okt).

Penularan virus 'adenovirus' di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Wanaque di Haskell, New Jersey dilaporkan buat pertama kali oleh Jabatan Kesihatan New Jersey pada Selasa (23 Okt).

Enam kanak-kanak meninggal dunia pada hari itu setelah sistem imun mereka terjejas akibat jangkitan tersebut. Kematian ketujuh diumumkan pada keesokan hari.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (26 Okt), Jabatan Kesihatan itu menyatakan bahawa kes kematian terbaru melibatkan seorang kanak-kanak yang "sangat lemah dari segi perubatan akibat masalah pernafasan".

Menurut jabatan itu, hasil ujian makmal tidak mengesahkan kanak-kanak berkenaan dijangkiti 'adenovirus'.

Jabatan itu turut menyatakan bahawa pusat tesebut, yang turut menempatkan sebuah pusat pediatrik, bersetuju untuk tidak memasukkan para pesakit baru dalam pusat berkenaan sehingga wabak itu berjaya ditangani.

Jangkitan 'adenovirus' menyebabkan penyakit sederhana sehingga teruk dengan tanda-tanda demam, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil. Jangkitan itu juga boleh menyebabkan penyakit lain, termasuk radang paru-paru, cirit-birit dan bronkitis, menurut jabatan tersebut.

Pusat Wanaque, yang terletak sekitar 50 kilometer dari bahagian barat laut New York, merawat golongan bayi yang baru dilahirkan sehingga remaja yang berusia 22 tahun yang "lemah dari segi perubatan".

Menurut jabatan itu lagi, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) sedang membantu pihaknya dengan ujian makmal.   

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan