Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak 5 tahun maut didera; ibu kandung, bapa tiri ditangkap

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan pada sebelah petang Rabu (20 Feb), dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 5 tahun maut didera; ibu kandung, bapa tiri ditangkap

Gambar fail.

Diterbitkan : 21 Feb 2019 11:48AM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 11:49AM

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan pada sebelah petang Rabu (20 Feb), dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Othman Nayan, berkata Muhammad Hafiz Abdullah sebelum itu dibawa ke klinik kesihatan berkenaan pada pukul 4.00 petang untuk mendapatkan rawatan. Namun setelah diperiksa, mangsa didapati sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baru di dada, kesan cucuh api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baru di bahagian kening kanan.

“Mayat kini berada di Hospital Pekan dan akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi tujuan bedah siasat pada untuk mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini (21 Feb).

Encik Othman berkata hasil soal siasat yang dilakukan mendapati bahawa bapa tiri mangsa, berusia 54 tahun, mengaku ada memukul mangsa pada hari kejadian.

Berikutan itu, polis menahan suspek bersama ibu kandung mangsa, yang berusia 25 tahun, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan