Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak 2 tahun maut tembak diri sendiri

Seorang budak dua tahun di Texas meninggal dunia selepas menembak dirinya dengan pistol yang ditemui dalam beg sandang milik seorang anggota keluarganya, menurut pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 2 tahun maut tembak diri sendiri

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 03:48PM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 03:50PM

WASHINGTON: Seorang budak dua tahun di Texas meninggal dunia selepas menembak dirinya dengan pistol yang ditemui dalam beg sandang milik seorang anggota keluarganya, menurut pegawai.

Kejadian itu yang terbaru dalam siri kemalangan yang berlaku ke atas kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS), yang kini seakan menjadi tragedi biasa.

Budak lelaki asal Waco itu parah di kepala dan meninggal dunia di hospital, menurut kenyataan polis yang dikeluarkan pada Khamis (23 Sep).

Pasukan penyiasat percaya kanak-kanak malang itu membunuh diri secara tidak sengaja.

Selepas tembakan berlaku, pemilik senjata terbabit melarikan diri bersama pistol berkenaan, tetapi akhirnya pulang semula dan diberkas.

Suspek berusia 21 tahun itu sudah didakwa.

Menurut pertubuhan Everytown For Gun Safety, 765 orang terbunuh dan lebih 1,500 lagi cedera pada 2015 hingga 2020 dalam kejadian 'tembakan tidak disengajakan' oleh kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 111 orang pula terbunuh pada tahun ini sahaja, dengan badan itu menggelarkan insiden tembakan sedemikian sebagai 'epidemik keganasan senjata yang memilukan'.

"Setiap tahun, ratusan kanak-kanak di AS mendapat akses kepada senjata api yang diletakkan dalam almari dan laci, dalam beg atau yang dibiarkan terdedah," kata kumpulan itu dalam laman webnya.

"Kebiasaan yang tragik ini akibat kanak-kanak menemui senjata tidak berkunci dan secara tidak sengaja tertembak diri sendiri atau orang lain."

Perlembagaan AS memberi hak kepada rakyatnya untuk memiliki senjata api dengan 30 peratus penduduk dewasa negara itu memiliki sekurang-kurangnya satu senjata api.

Setiap tahun, sekitar 40,000 orang mati akibat keganasan menggunakan senjata. 

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan