Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak 10 tahun lemas ketika ambil bola dari kolam

Seorang kanak-kanak lelaki, berusia 10 tahun, dijumpai mati lemas selepas dikatakan cuba mengambil bola mainannya yang terjatuh ke dalam kolam tadahan air, berhampiran Flat Seri Intan di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di Johor Bahru pada petang Jumaat (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 10 tahun lemas ketika ambil bola dari kolam

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 01 Sep 2018 09:16PM Dikemas Kini : 01 Sep 2018 09:21PM

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki, berusia 10 tahun, dijumpai mati lemas selepas dikatakan cuba mengambil bola mainannya yang terjatuh ke dalam kolam tadahan air, berhampiran Flat Seri Intan di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di Johor Bahru pada petang Jumaat (31 Ogos).

Kejadian itu berlaku pada sekitar 3.00 petang ketika Aeezender Neo Anak Gaong, seorang murid Sekolah Rendah Kebangsaan Masai, sedang bermain bola di kawasan itu bersama lapan rakannya yang lain sebelum bola itu jatuh ke dalam kolam tersebut.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Norazam Shaari berkata, kerana ingin mengambil bola itu, mangsa berenang ke kolam tersebut, namun kemudian hanyut dibawa arus setelah menghampiri kawasan tengah kolam sedalam antara sembilan hingga 10 kaki dan tidak berpagar.

"Mayat mangsa dijumpai pada 11.25 malam dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (31 Ogos).

Encik Norazam menasihatkan orang ramai supaya jangan membiarkan anak-anak mereka bermain dan bermandi di kawasan kolam itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar, berkata polis memaklumkan kes itu kepada pihaknya pada pukul 7.03 malam, sebelum menghantar satu unit pasukan ke tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor dalam melaksanakan operasi tersebut, dan berjaya menemui mangsa pada jarak 30 kaki dari tebing kolam berkenaan. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan