Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Buaya ditangkap di Kampung Gelam

Seekor buaya katak sepanjang 2.5 meter dengan ukur lilit 80 sentimeter berjaya ditangkap di sebuah tasik di Kampung Gelam, Daerah Song, Sarawak oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Song pada Isnin (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Buaya ditangkap di Kampung Gelam

Gambar hiasan seekor buaya katak atau buaya air masin (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 10:16PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 10:23PM

SONG: Seekor buaya katak sepanjang 2.5 meter dengan ukur lilit 80 sentimeter berjaya ditangkap di sebuah tasik di Kampung Gelam, Daerah Song, Sarawak oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Song pada Isnin (17 Jun).

Ketua balai, Fredrick Anak Aok berkata bomba menerima panggilan pada 4.01 petang daripada seorang pegawai bomba bantuan selepas buaya itu tersangkut pada mata kail yang dipasangnya di tasik itu.

"Setelah buaya itu berjaya ditangkap, buaya tersebut dibawa balik ke balai dan akan diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) esok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Seorang penduduk Mohd Nur Iman mendakwa beliau merupakan orang pertama melihat kelibat buaya tersebut yang pada mulanya disangkakan seekor ikan.

"Saya ingatkan ikan tetapi kalau ikan kenapa lama sangat timbul. Selepas menyelam selama lima minit ia timbul balik dan menampakkan seluruh badannya… rupa-rupanya buaya," katanya dalam laman Facebook Song, Sarawak.

Seorang pemilik rumah berdekatan tasik tersebut, Zuraida Sarkawi berkata beliau tidak menyangka ada buaya di tasik itu dan menurutnya buaya sudah membiak dengan banyak di Sungai Rajang yang terletak hanya 129 meter dari tasik tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan