Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Buaya 150 kilogram gemparkan penduduk

Penduduk gempar seketika dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 2.7 meter dan berat hampir 150 kilogram

Anggaran Waktu Membaca:
Buaya 150 kilogram gemparkan penduduk

Seekor buaya. (Gambar hiasan: AFP/Lakakruwan Wanniarachchi)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 07:54PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 07:56PM

BEAUFORT, SABAH: Sekumpulan penduduk gempar seketika dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 2.7 meter dan berat hampir 150 kilogram, di Kampung Mempakul, Menumbok, malam tadi (8 Ogos), menurut satu laporan Astro Awani.

Kehadiran 'tetamu tidak diundang' itu disedari seorang penduduk, Mohd Sahrin Kamarin, 41 tahun, pada sekitar 8.00 malam, ketika sedang berehat di beranda rumahnya.

Sebaik sahaja terlihat kelibat sang bedal tersebut, beliau menjadi panik dan bergegas ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Menumbok, yang terletak berhampiran bagi memaklumkan apa yang dilihat beliau, lapor Astro Awani.

Menurut Pegawai APM Beaufort, Mohd Mayroof Koibil, pihaknya mengambil masa sekitar 40 minit untuk menjalankan operasi menangkap buaya berkenaan yang akhirnya berjaya ditangkap pada 9.03 malam.

"Kita menerima maklumat sekitar jam 8.10 malam daripada salah seorang penduduk yang mendakwa terlihat seekor buaya berlegar di kediaman mereka dalam kejadian di Kampung Mempakul, Menumbok.

"Bertindak atas maklumat, tujuh anggota daripada APM Menumbok digegaskan ke lokasi dan sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati rumah berkenaan adalah berdekatan dengan sungai serta paya.

"Kami berjaya mengesan kedudukan buaya tersebut di bawah rumah berkenaan," kata Encik Mohd Mayroof.

Astro Awani melaporkan buaya itu kini diletakkan di bawah jagaan pihak APM untuk tindakan lanjut.

Menurut Encik Mohd Mayroof lagi, reptilia terbabit disyaki sudah membaham beberapa haiwan ternakan di lokasi itu sebelum berjaya ditangkap.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan