Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Buat kali ke-4 bulan ini, Thailand catat sifar kes COVID-19

Thailand pada Ahad (24 Mei), terus melaporkan tiada kes baru COVID-19 dan kematian.

Anggaran Waktu Membaca:
Buat kali ke-4 bulan ini, Thailand catat sifar kes COVID-19

Penduduk Thailand raikan Hari Raya Aidilfitri di tengah COVID-19 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 24 May 2020 08:12PM Dikemas Kini : 24 May 2020 08:16PM

BANGKOK: Thailand pada Ahad (24 Mei), terus melaporkan tiada kes baru COVID-19 dan kematian.

Ini mengekalkan jumlah terkumpul kes kepada 3,040 dengan 56 kematian sejak penularan bermula pada Januari.

Perangkaan hari ini merupakan hari keempat dalam bulan ini tiada kes baru harian dilaporkan, menurut jurucakap pasukan bertindak kerajaan bagi COVID-19, Cik Panprapa Yongtrakul.

Terdapat 2,921 pesakit COVID-19 di Thailand yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak bermulanya pandemik itu. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan