Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Buat aduan palsu jumpa mayat bayi, sebenarnya anak sendiri

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat aduan palsu mengenai penemuan mayat bayi lelaki di kediamannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Buat aduan palsu jumpa mayat bayi, sebenarnya anak sendiri

Gambar: Carlo Navarro

Diterbitkan : 29 May 2018 08:11AM Dikemas Kini : 29 May 2018 08:12AM

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat aduan palsu mengenai penemuan mayat bayi lelaki di kediamannya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata remaja berkenaan membuat aduan pada 9.00 pagi semalam (28 Mei), kononnya menjumpai mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di atas kerusi di belakang rumahnya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

“Remaja tersebut mendakwa membawa balik mayat itu dan membersihkannya sebelum meletakkannya semula di tempat asal.

 “Hasil soal siasat, remaja berkenaan kemudian mengaku membuat aduan palsu di mana (beliau) sebenarnya melahirkan bayi tersebut bersendirian pada 12.05 tengah malam dalam tandas di rumahnya pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Supt Lim berkata remaja terbabit dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

“Tangkapan akan dibuat selepas remaja berkenaan keluar daripada wad,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan