Brunei lancar program vaksinasi; Sultan Hassanal Bolkiah pertama dapat suntikan AstraZeneca
Negara Brunei Darussalam melancarkan program vaksinasinya dengan Sultan Hassanal Bolkiah yang pertama menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.
BRUNEI: Negara Brunei Darussalam melancarkan program vaksinasinya dengan Sultan Hassanal Bolkiah yang pertama menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.
Ia menyusuli kiriman pertama vaksin tersebut di bawah daya usaha COVAX WHO.
China sebelum ini telahpun mengirimkan vaksin keluaran Sinopharm.
Brunei juga dijangka mendapatkan lebih banyak vaksin koronavirus daripada Pfizer menerusi kerjasama dua hala.
Ia juga bagaimanapun tidak banyak terjejas oleh COVID-19 dengan sekitar 200 kes dan tiga kematian dicatatkan di Brunei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.