Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Brunei akan kenakan hukuman rejam bagi zina, perbuatan seks sejenis

Kesalahan zina dan seks sejenis di Brunei boleh membawa kepada hukuman rejam sampai mati bermula minggu depan, menurut pihak berkuasa kerajaan itu. Ini di bawah pindaan undang-undang Syariah yang sebelum ini ditunda selama empat tahun ekoran kritikan yang diterima.

Anggaran Waktu Membaca:
Brunei akan kenakan hukuman rejam bagi zina, perbuatan seks sejenis

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 27 Mar 2019 09:44PM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 09:46PM

KUALA LUMPUR: Kesalahan zina dan seks sejenis di Brunei boleh membawa kepada hukuman rejam sampai mati bermula minggu depan, menurut pihak berkuasa kerajaan itu. Ini di bawah pindaan undang-undang Syariah yang sebelum ini ditunda selama empat tahun ekoran kritikan yang diterima.

Kumpulan-kumpulan hak asasi menyuarakan bantahan pada Rabu (27 Mac) terhadap langkah terbaru oleh kerajaan yang kaya sumber semula jadi itu. Brunei mengamalkan hukuman Islam yang lebih tegas berbanding negara-negara jiran Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan itu akan melaksanakan kanun jenayah yang lebih berat itu - yang juga merangkumi hukuman memotong tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri - bermula Rabu depan.

Perbuatan homoseksual sudah diharamkan di Brunei namun kini ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Undang-undang Syariah bagaimanapun hanya berkuat kuasa ke atas umat Islam.

Hukuman baru bagi kesalahan mencuri adalah memotong tangan kanan bagi kesalahan pertama, dan tapak kaki kiri bagi kesalahan kedua.

Amnesty International pada Rabu menggesa Brunei supaya "secara serta-merta menghentikan" pelaksanaan hukuman baru itu.

"Meluluskan hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan itu adalah amat menjijikkan," menurut penyelidik Brunei Rachel Chhoa-Howard, dalam satu kenyataan.

"Sebilangan 'kesalahan' ini sepatutnya tidak dikira sebagai jenayah langsung, termasuk hubungan seks secara suka rela antara dua orang dewasa yang sama jantina."

Satu notis di Pejabat Peguam Negara Brunei bertarikh 29 Disember tahun lalu menyatakan bahawa peruntukan itu akan berkuat kuasa pada 3 April.

Brunei pertama kali mengumumkan langkah tersebut pada 2013 namun perlaksanaannya ditunda sedang para pegawai menentukan perincian praktikal dan di tengah-tengah bantahan oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan